
TOK KENALI
Nama sebenar beliau ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871M. Ulamak & Wali Besar Negeri Kelantan. Di kenali diperingkat awal dengan panggilan Awang Kenali oleh gurunya Syeikh Ahmad bin Mustafa bin Muhammad Zain al-Fathani. Pada tahun 1969 ke Makkah utk belajar. Beliau seorang yang warak hatta tidak mempunyai pakaian lebih dari sehelai, tidak memiliki wang, tiada siapa yang mengetahui beliau makan ataupun tidak samada siang ataupun malam. Seorang yang dianggap aneh. Beliau tidak membawa kitab sebagaimana orang lain dlm majlis ilmu. Tetapi memiliki ingatan yang begitu kuat. Beliau duduk dalam halaqah ilmiyyah dengan memejamkan mata. Sehingga orang menyangka beliau tidur. Hampir semua murid Tok Kenali meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam ilmu dan masyarakat. Antaranya ialah Syeikh Idris al-Marbawi,Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti, Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung dan ramai lagi dikalangan ulamak. Beliau aktif menulis kitab-kitab agama yang sehingga kini masih menjadi bahan rujukan. Tok Kenali meninggal dunia pada hari Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Jenazahnya ditalkinkan oleh Tuan Guru Hj Mohammad Nor bekas Mufti Kelantan.
SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI

Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib berasal dari Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian di Madrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).
Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh Ulama seperti Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul-Ulama rahimahullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah.
Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad 'Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990.
Setelah menamatkan pengajian di Univ. al-Azhar, beliau menumpukan perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar yang datang dari Asia termasuk dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir sehingga beliau digelar sebagai al-Azharus Tsani ( Univ. Al-Azhar kedua). Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau bertajuk At-Tamassuk Bil Kitab Wassunnah edisi terjemahan bertajuk Berpegang Dengan Kitab Dan Sunnah).
Berhijrah ke Tanah Suci Makkah
Beliau merupakan murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani رحمه الله . Dan guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajaknya untuk menemani Tuanguru beliau ke Madinah menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya. Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak hairanlah kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut sahaja ulama' yang ada di Mekah khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak mengenali tokoh ulama' yang harum nama mereka disebut orang semisal Syaikh al-Allamah Hasan al-Masyath yang digelar Syaikh-ul-Ulama', Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili al-Anfenani, as-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani dan masih banyak lagi. Kata pepatah arab “cakap sahaja tanpa perlu khuatir”. Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung sanad hingga kepada pengarang, masyaAllah betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya.
Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma'had 'Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am “Dirasat 'Ulya” pada tahun 1990.
TUAN GURU HAJI MUHAMMAD SALEH

Mengenali ulama Haji Muhammad Saleh bin Haji Muhammad Hasyim bin Abdul Hamid bin Ishaq al-Fathani. Muhammad Saleh lahir di Kampung Pulau Pisang, Mukim Tunjang, Jitra, Kedah pada tahun 1280 Hijrah/1864 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 1363 Hijrah/1944 Masihi.
Beliau mendapat pendidikan asas keIslaman daripada keluarganya sendiri, dalam lingkungan pondok pengajian termasuk di surau dan di masjid.Sebenarnya selain pendidikan asas, Muhammad Saleh telah alim sejak di Pondok Pulau Pisang lagi kerana beliau sempat mempelajari kitab-kitab besar daripada datuknya, Haji Ishaq, ulama besar Kedah murid Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Antara tahun 1295 Hijrah/1879 Masihi hingga tahun 1312 Hijrah/1894 Masihi, Muhammad Saleh melanjutkan pendidikan di Mekah. Ulama yang paling banyak mengajarnya ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, cucu saudara dan Khalifah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Pengetahuan yang bercorak pengkaderan dan pelbagai bidang duniawi dan ukhrawi pula beliau adalah diasuh oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Selain itu Muhammad Saleh juga belajar kepada ulama-ulama bangsa Arab seperti ulama-ulama yang telah diriwayatkan sebelum ini.
TUAN GURU PONDOK PULAU PISANG
Ketika Haji Muhammad Saleh bin Haji Muhammad Hasyim pulang dari Mekah, beliau menguruskan Pondok Pulau Pisang yang diasaskan oleh datuknya, Haji Ishaq dan berjaya menjadikan pengajian pondok tersebut satu-satunya yang sangat terkenal dalam kerajaan Kedah. Walau bagaimanapun setelah Haji Ishaq meninggal dunia, suasana pengajian di pondok itu dalam kelesuan. Pondok Pulau Pisang kembali memancarkan nur ilmu pengetahuan dan menjulang kecemerlangan kewibawaan setelah Haji Muhammad Saleh pulang dari Mekah dan langsung memimpin pondok tersebut.Pandangan Haji Muhammad Saleh tentang pengetahuan diletakkannya pada halaman depan karyanya, Sirajul Huda. Katanya, "Hai saudaraku, tiada mencapai seseorang akan ilmu melainkan dengan enam syarat ... cerdik, dan sejahtera, dan ijtihad, dan bersungguh-sungguh mencapaikan (nya), dan cerdik gurunya, dan panjang masanya.'' Pandangan yang berasal daripada Imam Syafie tersebut adalah sangat ditekankannya di institusi Pondok Pulau Pisang yang beliau pimpin.Institusi Pondok Pulau Pisang sama ada di bawah pimpinan Haji Ishaq, datuknya, mahu pun dalam pimpinan Haji Saleh sendiri telah ramai melahirkan ulama, cerdik cendekiawan, pemimpin dan lain-lain, bukan hanya di Malaysia saja, tetapi juga Indonesia, Patani, Myanmar, Kemboja, dan Brunei Darussalam. Diriwayatkan bahawa Pondok Pulau Pisang dalam masa pimpinan Haji Muhammad Saleh bin Haji Hasyim pelajarnya pernah mencapai 2,000 orang (dua ribu orang). .Antara ulama dan tokoh intelektual Malaysia yang pernah menetap di Institusi Pondok Pulau Pisang ialah: Haji Abdullah Abbas Nasution dan Dr. Burhanuddin Helmi, doktor perubatan, tokoh politik dan pengarang dan ramai.
Tuan Guru Wan Mohd Saghir
Petikan koleksi tulisan Allahyarham WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH pada 31-mei-2004
No comments:
Post a Comment